Tag surah al ikhlas mendatangkan uang. KEKUATAN SURAT AL IKHLAS UNTUK MENDATANGKAN UANG. By admin Posted on Agustus 29, 2016 Desember 21, 2016. Kekuatan Surat Al Ikhlas Untuk Mendatangkan Uang. Allah menurunkan al quran sebagai petunjuk kehidupan manusia di dunia. banyak sekali khasiat Read More. HrBXN. Apakah kelebihan surah Al-Ikhlas? Artikel ini membincangkan beberapa kelebihan dalam mengamalkan bacaan surah Al-Ikhlas. Pengenalan Ikhlas bermaksud Kesucian atau Keikhlasan’. Surah Al-Ikhlas adalah surah ke-112 dalam al-Quran yang diturunkan di Mekah terdiri daripada empat ayat Makkiyah. Selain itu, surah Tauhid ini menegaskan tentang Allah Yang Maha Esa dan manusia diseru untuk menolak segala yang musyrik, tiada sesuatu yang menyamai atau menyerupai Allah Surah Al-Ikhlas mempunyai nama lain seperti al-Asbab, al-Iman dan At-Tauhid. Imam Fakhruddin al-Razi dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa terdapat 19 lagi nama lain bagi surah al-Ikhlas. Ini adalah salah satu surah yang paling banyak dibaca oleh Muslim di seluruh dunia yang menghafalnya sebagai salah satu surah pertama dari petikan al-Quran yang mulia. Surah al-Ikhlas bukan sahaja selalu dibaca ketika solat wajib lima waktu, malah dalam solat-solat sunat. Artikel menyenaraikan sembilan 9 kelebihan surah Al-Ikhlas iaitu Membacanya sama seperti membaca 1/3 al-Quran Kelebihan membaca surah al-Ikhlas membawa pahala yang setara dengan membaca sepertiga al-Quran. Tiada masalah membaca surah al-Ikhlas berulang-ulang kali ketika solat. Amalkan membacanya tiga kali di waktu malam sebelum tidur sama seperti membaca 1/3 al-Quran. “Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca Qul hu wallah hu A’had’ dengan mengulang-ulangnya, maka tatkala pagi harinya, dia mendatangi Rasulullah dan menceritakan hal itu kepadanya dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah al-ikhlas, maka Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al-Quran.” HR al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasaie Dibaca sebelum tidur sebagai pelindung Digelar dengan nama al-Munaffirah kerana syaitan lari daripadanya apabila dibaca. Surah al-Ikhlas yang dibaca bersama-sama dengan surah al-Fatihah sebelum tidur boleh melindungi pembacanya dari segala bahaya. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Jika kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas ketika berbaring di tempat tidurmu, kamu akan dilindungi dan menjadi tidak takut akan segala sesuatu kecuali kematian.” Tafsir Mazhari Mengingatkan keesaan Allah dan beriman kepada Allah secara ikhlas Seorang mukmin yang beriman dan bertakwa berpegang teguh dan percaya dengan satu Pencipta alam semesta ini. Seperti yang diketahui umum, Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan. Surah ini dipenuhi dengan sifat-sifat Allah yang indah dan sangat sempurna yang perlu diketahui. Tidak ada yang menyerupaiNya dan juga yang lebih besar seperti yang dinyatakan dalam al-Quran Maksudnya “Katakanlah wahai Muhammad “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya.” Surah al-Ikhlas, ayat 1-4 Sudah jelas lagi nyata bahawa Allah itu Maha Esa walaupun kita tidak nampak Allah. Menurut Syeikh Muhammad al-Tahir Ibn Asyur, nama al-Ikhlas lebih menonjol kerana menggabungkan semua makna surah ini di mana ia mengajar seseorang untuk ikhlas beriman kepada Allah, iman yang suci dari sebarang bentuk syirik untuk mempercayai Tuhan. Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir, 30 / 609-610. Ganjaran syurga Kita selalu berdoa selepas beribadah solat lima waktu. Surah al-Ikhlas adalah medium untuk doa diterima. Pembaca surah al-Ikhlas menjadi hamba Allah yang disukai. Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dalam solat wajib lima waktu, Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat. Rasulullah bersabda yang bermaksud “Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali, maka Allah akan mendirikan rumah di syurga baginya.“ Pernah seorang sahabat Nabi Muhammad berkata “Aku sangat menyukai surah ini al-Ikhlas.” Nabi menjawab “Dan cintamu terhadapnya akan membuatkan kamu memasuki syurga.” HR Tirmizi Mencapai kejayaan dalam hidup dan memperbaiki aqidah Surah al-Ikhlas membawa kejayaan dan kebahagiaan serta boleh membantu menjaga aqidah seseorang. Membaca surah ini juga meningkatkan kebijaksanaan seseorang dan apa sahaja yang mereka lakukan, mereka akan memperolehi kejayaan dalam hidup mereka. Ramai yang menghadapi masa-masa sukar diminta membaca surah al-Ikhlas untuk keperibadian rohani dan kebanyakannya mempamerkan kepuasan dan kebahagiaan setelah membaca surah al-Ikhlas secara teratur. Nabi pernah menasihati seorang lelaki untuk mengucapkan salam dan membaca surah al-Ikhlas ketika memasuki rumahnya. Dalam beberapa hari, lelaki itu menjadi kaya. Nabi pernah bersabda yang bermaksud “Barangsiapa membaca surah al-Ikhlas ketika masuk ke rumahnya, kemiskinan akan dihapuskan dari rumahnya dan jirannya.“ Berdasarkan ayat kedua surah al-Ikhlas, Ibn Kathir berkata “Daripada Ibn Abbas, makna al-Somad ialah semua makhluk bergantung harap kepadaNya dalam keperluan kehidupan dan masalah mereka untuk ditunaikannya.” Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, 8/528 Penyembuh atau pelindung Surah al-Ikhlas digelar juga dengan nama al-Mu’awwizah iaitu penyembuh atau pelindung. Perkara yang paling menarik mengenai surah ini ialah sesiapa yang membacanya secara teratur dilindungi dari segala jenis penyakit dan jangkitan virus. Bacakan surah al-Ikhlas bersama dengan tiga surah lain iaitu surah al-Kafirun, surah al-Falaq dan surah An-Nas. Keempat-empat surah ini adalah empat Qul. Empat Qul mempertahankan pembacanya daripada bahaya, malapetaka dan menghancurkan serta pematah sihir. Menghalang daripada azab kubur dan neraka Surah al-Ikhlas mempunyai nama lain iaitu al-Mani’ah kerana ia mampu menghalang daripada azab kubur dan neraka. Selain itu, surah al-Ikhlas menyelamatkan seseorang daripada menjadi orang yang kufur di dunia dan mengelakkan daripada diazab di akhirat. Hadirnya ramai malaikat Surah al-Ikhlas dinamakan juga al-Mahdhar kerana para malaikat hadir untuk mendengar surah al-Ikhlas apabila ia dibaca. Bacaan surah al-Ikhlas secara rutin akan meningkatkan kehadiran malaikat pada saat kematian seseorang untuk mendoakan dan memohon keampunan dari Allah. Dijauhi daripada syirik kepada Allah dan diampuni dosanya Surah al-Ikhlas mendapat nama al-Barra’ah kerana seseorang terlepas daripada syirik. Surah al-Ikhlas membersihkan dan menyucikan jiwa orang beriman daripada menduakan Allah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dua ratus kali setiap hari, dia akan mendapat pengampunan dosa lima puluh tahun, kecuali jika dia berhutang.“ Penutup Seseorang dapat mencapai kebahagiaan dalam hidup sambil membaca surah al-Ikhlas yang hebat ini. Terdapat bukti dari hadis dan sunnah Nabi Muhammad yang menjadikan bahagian tertentu dari al-Quran mendapat penghormatan yang lebih tinggi daripada yang lain. Surah al-Ikhlas adalah salah satu surah utama al-Quran yang mempunyai kepentingan tertinggi dalam Islam. Jangan pernah merasa bosan untuk membasahkan bibir serta lidah kita dalam membaca surah al-Ikhlas yang amat pendek dan ringkas berulang-ulang kali walaupun selalu dibaca dalam solat dan apa jua keadaan. Semoga iman kita diperkuatkan dan diperklukuhkan lagi dengan amalan bacaan surah al-Ikhlas. Kelebihan Surah yang Lain Surah YusufSurah Al-BaladSurah Al-KafirunSurah Ad-DhuhaSurah Al-FalaqSurah Ad-DukhanSurah Al-KautharSurah As-SajadahSurah Al-IkhlasSurah Al-FatihahSurah Al-BaqarahSurah Al-MulkSurah Al-WaqiahSurah Ar-RahmanSurah Al-InsyirahSurah YasinSurah Al-Kahfi Sumber rujukan 1. Admin. 2017. The ultimate benefits of surah Ikhlas – The powerful Ahadit. 2. Admin PMWP. 2019. Bayan Linnas siri ke-172 Fiqh pendakian gunung Everest. 3. ushra Talib. 2021. Di sebalik 114 nama-nama surah. PACU Resources Sdn. Bhd. 4. Luqman Tarmizi. 2019. Al-Kafi 1061 Rahsia penamaan surah al-Ikhlas. 5. Mohamad Razif. 2020. Al-Afkar 97 Tauhid di sisi ahli sufi. 6. Muhammad Fahmi Rusli. 2019. Al-Kafi 1352 The usage of We’ for Allah; is it a denial of his oneness? 7. Rewards and benefits of reciting surah Ikhlas. 2018. 8. Wahion-Yoha. 2020. Surah al-Ikhlas benefits and Asbab Al Nzoul. Origin is unreachable Error code 523 2023-06-15 095053 UTC What happened? The origin web server is not reachable. What can I do? If you're a visitor of this website Please try again in a few minutes. If you're the owner of this website Check your DNS Settings. A 523 error means that Cloudflare could not reach your host web server. The most common cause is that your DNS settings are incorrect. Please contact your hosting provider to confirm your origin IP and then make sure the correct IP is listed for your A record in your Cloudflare DNS Settings page. Additional troubleshooting information here. Cloudflare Ray ID 7d79e9316a110ae1 • Your IP • Performance & security by Cloudflare